Hari ini saya terbangun dan terus mencapai komputer riba untuk menulis mimpi yang baru tadi berlaku. Plot cerita, lokasi mimpi dan watak yang terlibat masih terbayang-bayang di dalam ingatan.
8:38AM Damansara
****
Aroma maggi goreng menusuk ke dalam rongga hidung. Kelihatan di dalam pinggan semua orang sudah terhidang dengan maggi goreng disertakan dengan 2 hirisan ayam BBQ setiap seorang. Orang lain terus menyuap makan maggi tersebut kecuali saya. Saya sibuk mencedok lagi maggi dari mangkuk tambahan untuk menambah ke dalam pinggan saya. Semua orang leka dengan maggi masing-masing. Maggi goreng yang dihidangkan berwarna seakan-akan ungu cair, tetapi yang di dalam mangkuk tambahan itu, warnanya kehijauan. Tetapi apabila saya mencedoknya masuk ke dalam pinggan saya, warnanya sebenarnya adalah warna yang sama. Mungkin ini salah satu ilusi optik yang cuba diterapkan ke dalam resipi.
"Makcik ni dah lama bagi awak jaga anak makcik, sekarang ni awak buat dia tak gembira makcik tengok." makcik Fatimah memulakan perbualan. Saya terdiam kagum dengan resipi yang disediakan. Walhal fikiran saya melayang jauh memikirkan hubungan cinta saya dengan anak gadis comelnya. Tiba-tiba rasa sakit di dada memikirkan hal tersebut.
"Awak ni betul ke ni Rozani, awak memang tak minat pakai baju kemeja ke?" soalan abang sulungnya membuatkan saya tersentak. Walaupun soalan tu sudah berapa kali diajukan, saya masih belum dapat menjawabnya. Saya hanya tunduk dan diam membisu sambil memerhatikan maggi goreng saya yang sudah hampir habis.
"Awak nak tambah lagi maggi goreng ni Rozani." pelawaan kakaknya memang berpadanan dengan sikapnya yang bersahaja dan baik hati. Saya menolak pelawaan itu dengan penuh sopan.
Sebentar kemudian, saya bangun dari meja makan dan terus menuju ke arah pintu rumah. Saya yang pada itu, terasa kosong di dalam pemikiran mahupun hati. Dengan otak kosong dan badan penuh longlai, saya keluar dari rumah dan terus ke atas katil yang tiba-tiba terasa macam hidung tersumbat sebelah.
Ciss. Dah terjaga rupanya, jadi saya pun bergegas menghembus sumbatan itu ke dalam lubang sinki dan membasuh muka sedikit sebanyak. Selesai berkumur lebih kurang, saya terus mencapai komputer riba dan terus menaio dengan otak yang masih kosong dan sedih.
Hari ini, saya sedih. Kerana saya, tidak pernah mengalah.

1 responden:
Mimpi lagi?
Kenyang tak masa bangun tadi?
Tu celah gigi tu, lekat maggi goreng..haha
Post a Comment