Perjalanan adalah bukan destinasi.
Semalam saya ke bermudik ke hulu sungai, arus nya yang deras, dengan gangguan buaya dan dahan-dahan yang mengalir, mnyukarkan perjalanan kami. Akhirnya, setelah setahun mendayung, kami sampai ke Puncak Nikmat. Tapi yang peliknya, dan yang menghairankannya, tiada apa di Puncak Nikmat itu. Apakah namanya adalah satu penipuan seperti nama-nama pembangunan baru yang dijalankan oleh developer yang tamakkan duit itu. Masuk kawasan kampung, jumpa tanah kosong, apply dari MB. Kalau kawasan tu ada pokok kelapa, nanti namanya lebih kurang macam ni, 'Palm Residence' , "Palma Avenue'. Dan kalau kawasan itu sebelumnya penuh dengan pokok-pokok bakau, jadi namanya mungkin 'Mangrove Inn' atau 'Taman Bakau Indah'. Macam palat. Jadi saya terfikir, adakah Puncak Nikmat ini menjadi salah satu mangsa penipuan pihak-pihak sebegini.
Tak mungkin, jadi saya dan Hairul meredah paya mengharungi sungai-sungai kecil mencari apakah yang di namakan nikmat itu. Setelah hampir 3 hari berjalan tanpa berhenti makan minum dan solat sekalipun, pandangan kami tertancap pada satu pohon yang terletak di sudut bilik itu. Bilik itu penuh dengan barangan berwarna putih.
Dan tak semena-mena, tanpa di sengajakan, saya sedang termenung di tingkap bilik itu. Milena dari tadi tanpa henti masih menyiram pohon tersebut dengan sejenis cecair berwarna ungu. Cecair tersebut mengeluarkan cahaya berwarna hijau. cecair pekat itu terus tanpa henti menjunam ke arah kelopak kelopak daun pohon itu. Bila di tanya apakah nama pohon tersebut, Milena hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Aih, menggoda betul..
Sepejam mata saya untuk kelipan kelopak mata, sedar-sedar saya sedang mendayung perahu bersama orang-orang kampung. Kami semua masing-masing membawa sepanduk membantah perlantikan ketua kampung yang baru. Haji Manan. Katanya Haji Manan ini sebenarnya adalah penipu besar. Jadi, semua rang kampung terus menerus tanpa usul periksa membantah perlantikan teresebut. Oleh kerana pusat perlantikan tersebut terletak di sebuah pulau, jadi untuk melakukan demonstrasi, kami harus bersusah payah sedikit mendayung sampan. Jadi nampak sedikit usaha yang dilakukan oleh kami.
Selang bebrapa minit mendayung, saya sedang bersandar di beranda rumah agam orang kaya Kuantan. Di beranda tersebut, saya bersama dengan 3 orang lagi orang-orang berpengaruh negeri Pahang.
...bersambung laaa

1 responden:
Hebat mimpi kamu boleh bersambung.
Post a Comment