IMPI

5:45AM Damansara

Hujan rintik rintik, aku terbangun dari tidur yang kurang menyenangkan. Kipas angin yang dihalakan semalam rupa-rupanya menjadi seakan-akan snow machine bila pagi-pagi macam ni. Sejuk gila.

*****

Saya sedang berada di dalam kelas. Nampak macam sekolah menengah. Kelas itu seolah olah yang sudah disambung menjadi satu kelas yang besar, macam dua kelas yang digabungkan menjadi satu dengan salah satu dinding kelas itu adalah yang terdiri dari jenis folding door. Dari jenis yang bila akhir tahun, boleh dilipat lipat untuk dijadikan dewan peperiksaan.

Saya macam biasa, duduk di bahagian tengah tengah kelas. Bukan apa. pemilihan lokasi meja di dalam kelas juga sebenarnya boleh melambangkan sifat peribadi seseorang. Contohnya orang yang duduk di hadapan kelas ini adalah terdiri dari golongan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Yang suka bertanya, yang tidak kisah bila cikgu tanya soalan dan dia boleh jawab dengan jawapan yang tak berapa nak jawapan sangat. Orang macam ni bagus, sebab dia akan selalu ada hubungan mata dengan cikgu, dengan orang yang memberikan ucapan. Jadi secara tak sengaja, cikgu terasa pelajar-pelajarnya mengambil perhatian. Senang nak tulis dalam repot nanti.

Bagi orang yang duduk di bahagian belakang kelas pula, terdiri dari jenis yang tak habis-habis nak memberontak.

Anak manja, terlebih manjakan diri, jenis gemuk. Jenis kalau mak dia cakap,

"Tak boleh beli lagi adik, nanti hujung bulan, abah dapat gaji, baru boleh beli",

dia akan jawab,

"Tak kira, orang nak jugak robot tu!!".

Jenis dari kecil tak reti sangat nak guna otak. Macam jenis konon-konon jenis happy setiap masa, macam menyakat-nyakat orang, baling kertas lah, apa lah. Macam cilaka. Jenis macam ni, susah sikit nak ajak berborak. Susah.

Macam saya, saya duduk di bahagian tengah. Bermain dengan selamat. Cikgu biasanya akan attack orang yang duduk depan sekali dan belakang sekali. Yang duduk di tengah-tengah ni jenis yang dont-give-a-fuck. Jenis tak peduli apa. Biasanya yang duduk tengah-tengah ni lebih banyak berfikir. Jenis genius. Jenis buat hal sendiri. Anti-sosial. Ataupun, mempunyai kumpulan kawan-kawan sendiri yang lebih suka berfikir dari bercakap. Kalau pergi lepak minum pun, lebih banyak diam dari berbual. Semua jenis mata pandang straight je ke depan. Sekali sekala baru la keluar ayat macam,

"Kau tahu tak, awek baju merah tadi nampak ranum"

Padahal awek tersebut sudah 15min berlalu pergi. Dan semua yang hendak disampaikan pada waktu tersebut berlegar legar di ruang otak sehinggalah ianya dituturkan. Dan masa tu kau tengok kawan ko yang jenis dari kumpulan duduk di belakang kelas ni, mulut dah bersepah sepah dah dengan air liur meleleh leleh.

Berbalik kepada cerita asal, saya seorang didalm kelas tu, tak kenal siapa. Bukan dari golongan kawan-kawan. Tapi mereka semua jenis friendly, jenis bersahabat. Baik hati belaka. Rupa-rupanya, saya di dalam kelas lakonan. Kelas belajar berlakon. Patut la semua nampak macam aktif je. Jenis keyakinan tinggi. Biasanya, aktor ni, mereka jenis macam meriah orangnya. Nampak seronok je bila kat mana-mana. Bagus, bagus untuk kesihatan diri. Sihat.

Saya macam biasa, terduduk pasif di tempat sendiri dan masih lagi kabur tentang keadaan sekeliling. Tiba-tiba, sudah sampai waktu tamat sekolah. Rupa-rupanya itu adalah hari terakhir sebelum kami semua menamatkan zaman persekolahan. Semua orang nampak gembira bercampur sedih. Ada yang berpelukan, bagi yang lelaki, cukup sekadar maki memaki, bagi yang gadis-gadis pula, siap menangis-nangis. Saya, saya masih kabur dan pasif. Rasa macam mahu jadi meja. Duduk membatu tanpa perasaan.

Setelah selesai bertepuk tampar dan bergurau, semua pulang dan mencari hala diri masing masing. Ada yang menuju ke belukar di belakang kelas, ada yang masuk lubang ke bawah tanah, ada yang memanjat pokok. Semua membuat pilihan masing masing. Ada yang terus terjun ke sungai atau laut. Saya berjalan kaki mengikut laluan tanah merah dan campuran batu kelikir. Walaupun masih belum tahu apa yang menanti dihujung jalan tersebut, gerak hati saya membawa saya menuju jalan itu.

Sedang saya asyik dengan diri sendiri, saya nampak ada seorang gadis dari jauh melambai-lambai. Gadis tersebut berbasikal dan tersenyum riang. Sambil memanggil-manggil nama saya, dia memecut laju menuju ke arah saya.

"Rozani!..Rozani!..Tunggu jap."

Saya masih kurang pasti siapakah gadis itu. Sehinggalah gadis tersebut hampir dan berhenti di hadapan saya.

"Eh Mila, kenapa?", tanya saya kehairanan.

"Jum naik dengan saya, tapi awak yang pandu, saya duduk di belakang.", pelawa Mila dengan sungguh comel.

"Takpe Mila, awak duduk depan. Dari belakang pun saya boleh kayuh.", saya memberikan cadangan bernas.

Alah, bukannya tak biasa buat macam ni, dulu masa kecil, ada masanya saya akan curi basikal kakak saya, basikal perempuan. Yang jenis ada raga kat depan, kat raga tu ada lampu yang disambungkan dengan dynamo. Dynamo ni adalah satu benda yang berguna tapi tak berguna. Sebab bila pasang je dynamo ni, dia bagi cahaya yang berguna bila balik mengaji tapi kayuhan akan jadi lebih sukar kesan kehadiran geseran antara tayar dan dynamo tersebut. Itu cerita lain. Okay, basikal perempuan. Basikal ni ada tempat duduk untuk pembonceng di belakang. Dan biasanya, orang yang duduk di belakang adalah orang yang menumpang, jadi saya akan suruh mereka mengayuh paddle manakala saya pula mengawal handle.

Jadi, saya duduk di belakang Mila dan kami mengayuh secara bergilir-gilir. Ada masanya saya yang mengayuh, ada kalanya Mila yang mengayuh, tetapi lebih comel dan seksi. tak sampai beberapa kilometer kami mengayuh, tiba tiba saya rasa kedua-dua hidung saya tersumbat. Oh damn it!

Saya sudah terjaga dari tidur. Kipas yang dihalakan kearah saya menyebabkan hidung tersumbat. Saya bergegas bangun dan menghembus hingus ke sinki di dalam tandas. Hari ini saya terus bangun walaupun baru pukul 5:30AM. Bangun, ke tandas, berak seketul dua. Kemudian saya ke dapur membancuh air teh panas supaya dapat membantu melegakan rongga hidung.

Haih. Mila... Mila..

Bila lah kau akan mucul tiba. Oh Мила Кунис .


0 responden: