Zakaria Jagung Antarabangsa

En Bismi, sudah hampir 5 tahun mengusahakan bisnes jagung bakar di Kuantan. Semenjak dari pekerja pertamanya Rosli dan Eliana, kini sudah hampir 6 orang pekerja di bawah naungan beliau. Lebih selesa dengan panggilan Bis, beliau menggunakan nama ayah mertuanya untuk kedai beliau sebagai penghormatan kepada orang yang bertanggungjawab mengajar beliau selok belok perniagaan.

Rosli merupakan graduan universiti di selatan tanah air, manakala Eliana pula adalah graduan dari universiti di Kuala Lumpur. Berbekalkan sedikit ilmu, mereka memulakan tanggungjawab dengan penuh berhmah di kedai tersebut. Dengan permulaan gaji yang kecil berbanding kedai lain, mereka bersyukur dengan rezeki yang di limpahkan. Sebenarnya, mereka berunutung kerja di kedai encik Bismi kerana jagung yang di buat, memang sedap. Tambahan pula, En Halim, seorang peniaga jagung terkenal sering datang ke kedai bagi memberikan tips-tips dan resepi rahsia.

Tahun demi tahun, keuntungan berlipat ganda, En Bis bermurah hati menaikkan gaji mereka. Ternyata tidak rugi mereka bekerja di kedai ini. Banyak juga pengalaman yang dapat di pelajari dari En Bismi dan En Halim. Tetapi, semakin banyak duit yang dapat, En. Bismi semakin lupa daratan. Beliau banyak menggunakan duit tanpa usul periksa. Kadang-kadang sehingga gaji pekerja nyaris-nyaris tidak cukup untuk di bayar. Dan lagi satu En Bismi semakin banyak menabur janji-janji manis kepada Rosli dan Eliana, tak kurang juga terkena tempiasnya pada En Halim. Beliau semakin lupa diri, pekerja sendiri di perah habis-habisan bagi mengaut keuntungan. Tetapi duit hilang entah ke mana. Janji Bonus Raya, tak bagi-bagi juga, bila diminta, bermacam-macam alasan di berikan kepada Rosli dan Eliana.

bersambung...

1 responden:

Puluit said...

Kasi sambung!!