Bonus

Kadang-kadang, bila ada masa terluang, Rosli gemar bertandang ke kedai En Halim. Bukan apa, saja pergi berborak sambil menuntut ilmu.

Halim : Kenapa Bis bagi bonus raya kat Eliana seorang je?

Rosli : Entah la En. Halim, saya pun tak faham. Mungkin itu tafsiran pemerintah yang adil bagi dia. Saya pun tak tau, saya ni, pekerja je En Halim, asal dapat gaji, sudah le. Boleh la simpan RM20 sebulan untuk kahwin. Simpan 1000 bulan, lepas la dah untuk kenduri dan hantaran. Kah kah kah.

Halim : Kah kah kah.

Begitulah, kadang-kadang bukannya ada apa nak di bualkan pun. Setakat berbual kosong sahaja. Tapi Rosli lebih gemar akan sikap En Halim yang menghargai pekerja-pekerja beliau. Mungkin kerana En. Halim bersusah payah dari bawah memulakan perniagaan sendiri dahulu.


1 responden:

Ismail Othman said...

deep, deep..