sama

saya ada tengok, ramai juga yang lahir sama tarikh dengan saya.
ni antara wajah-wajahnya,

Jean-Paul Sartre



mamat ni hebat. macam terkenal. seorang pemfalsafah, penulis skrip dan aktivis politik serta banyak lagi.

Benazir Bhutto



minah ni terkenal juga. tapi namanya agak kurang sopan bagi penduduk malaysia yang biasa-biasa.

Mike Einziger



hoh!. mamat ni lagi hebat. gitaris. wooo..

Alicia Alighatti



tapi semua di atas tak dapat lawan minah ni. dia dapat dua award. hoh!

agak-agaknya nanti sama ada saya jadi macam mike einziger ataupun minah Alicia Alighatti ni je la kot. yang dua lagi tu berlainan genre.


.

saya

dari mana dia datang?

hati bergolak berpintal saraf
terfikir karut
terfikir carut

melemah semangat undang petaka

katakanlah yang robek itu dirobek robek.
saya yang robek ini pula dirobek dan
ditimpa tangga usaha tanpa hasil yang
mana terbazir kerna malas dibuang bakat
menunggu habuan.

jika semua ada hasilnya,
masakan itu pun tidak mampu?
tapi kenapa tiada apa-apa?

apa kamu bodoh atau sumbang terencat otak atau cacat.

bukankah yang di cakapkan itu yang kamu mahu
sudah jika kamu itu pun tiada hasilnya,
apa hukumnya kamu ingin menceritakan perihal yang lain?

bukan ini yang di mahukan, kita yang mahukan?
bukan.
ini bukan yang saya mahu.

ah,

yang sudah tertulis itu tiada gunanya,
mahu memberontak buang masa.
lebih baik kamu mula secepat yang mungkin
erna kelak menyesal tiada ertinya.

owh..enam yang seram.

apa nak buat ni?..duh!

saya lahir pada 21st June. sepatutnya jun waktu gumbira la kan. tapi macam lain saja.




satria baja hitam

pada tahun bulan Ogos 2007, saya di kurniakan sebiji satria GTi hasil usaha keras selama beberapa tahun. ya, indah. memang indah bersama si dia. kemana sahaja bersama. pada 14 jun 2008, saya bersama kassih telah ke JB atas urusan pendaftaran pembelajaran separuh masa saya, setiba ke sana kami check in dan memulakan pencarian kawan-kawan dan sahabat handai di sana untuk bertemu mesra serta berbual. setelah penetapan lebih kurang, masaro a.k.a mas amran menetapkan untuk bertemu di kawasan kedai bubur nasi di taman sentosa.

lebih kurang dalam pukul dalam pukul 1030, kami berjumpa dan berbual rancak sehinggalah ke pukul 1200 malam. dek kerana keletihan, saya mengusulkan untuk kami pulang sahaja kerna esoknya saya pun ada pendaftaran. setelah melambai lebih kurang, saya dan kassih menapak ke tempat parking kereta lebih kurang 50meter dari tempat kami berbual. setibanya, kelihatan hanya parking sahaja yang tinggal dengan kereta saya telah hilang di curi oleh ntah durjana mana. "rasa-rasa dah betul dah ni park kat sini, adoi", keluh kassih sayu. dengan mata berkaca saya menelefon masao untuk memberikan bantuan dan kata-kata semangat. kami ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. duh. (pap!)

keesokan harinya saya pulang ke kuantan menaiki bas dengan perasaan yang teramat syahdu sambil merenung keluar tingkap bas dengan mata bergenang dari JB ke kuantan.



komputer riba nya

ketika kassih masih belajar tahun akhir, beliau ada mengatakan hasrat yang sukar untuk menyiapkan projek akhir tahun kerna PC nya rusak. saya mempunyai laptop, tapi berjenama acer travelmate zaman dahulu kala yang saya kira sekiranya beliau mahu menyiapkan laporan, mengambil masa sehingga 4tahun juga. jadi, memandangkan saya baru sahaja bekerja, kami bercadang untuk membuat pinjaman dan membelikannya sebuah laptop berjenama acer. ok. tamat di situ.

semuanya dalam keadaan baik dan setelah tamat belajar, kassih banyak travel serta konferen bagi meneruskan usaha nya dalam bidang marina dan kebetulan pada 22 jun 2008,( yakni seminggu setelah kejadian di JB) saya pergi ke KL untuk menjemput kassih pulang dari konferennya. setelah di tetapkan, saya akan mengambil kassih di KLsentral. jadi, saya pun bergegas ke sana demi menjemput beliau.sesudah sampai, saya duduk minum di McD KLsentral sementara menunggu kassih sampai.

setelah beliau tiba, kassih duduk minum sekali bagi melepaskan penat lelah membawa beg dan laptopnya kehulu kehilir. kami berbual rancak lebih kurang setengah jam disitu dan bercadang untuk pulang ke rumah sahaja. setelah mengangkat bontot dari kerusi, tiba-tiba saya dapati beg laptop kassih yang diletakkan di bawah meja telah hilang dan dengan mata berjurai, kassih dan saya ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. duh. (pap!)

keesokan harinya, kami pulang ke kuantan dengan perasaan shaydu dan bisu dari KL ke kuantan.



sang wira

setelah kereta saya di curi, kakak saya meminjamkan (bagi terus kot?) kereta wira aeroback SE nya kepada saya. jadi kemana sahaja saya akan bersama si wira. genap 12 hari saya menggunakan keretanya, pada 26 jun 2008, kereta saya di langgar oleh pakcik kacukan melayu india (selepas ini di panggil pakcik KMI). dengan muka kasihan, dia meminta untuk dilepaskan. saya dalam mood yang tidak mesra mengajaknya ke bengkel cat kereta milik kawan saya.

setibanya di sana, pakcik KMI meminta kebenaran menelefon anak saudaranya untuk memberitahu lokasi bengkel tersebut. sebenarnya saya agak kasihan melihatkan gaya pakcik tersebut yang agak daif dengan keadaan kereta nya yang kurang sifat kereta. tetapi apabila anak saudaranya sampai menaiki BMW denga muka ketat dan kerek. saya dengan tenang menawarkan harga yang tinggi bagi mennyelasaikan masalah kereta saya. selesai di situ sahaja dan kawan saya mendapat untung yang lumayan hasil memerasugut anak saudara pakcik KMI. saya?. tak apa, yang penting kereta (kakak) saya sihat. tiada laporan polis di buat bagi kes ini.



komputer riba saya

ok. semalam iaitu 18 jun 2009, saya keluar dari kuantan untuk urusan kerja di jerantut. saya keluar lebih kurang pukul 900 pagi dan pulang pada pukul 630 petang. semuanya normal sehinggalah saya menelefon puluit supaya mengambil saya di pejabat kerna saya pergi ke kerja luar menaiki kereta pejabat.

setibanya, puluit dengan muka rata memberikan berita buruk bahwa rumah kami di pecah. (wtf!) jun lagi. rumah kami di pecah melalui grill di sliding door dan pencuri(kita namakan babi selepas ini) tersebut masuk dan mengambil laptop berjenama acer travelmate zaman dahulu kala saya, cooling pad jedi serta external hardisk saya yang di dalamnya terdapat hasi-hasil kerja saya yang terdahulu. diangarkan babi tersebut masuk ke rumah diantara pukul 200ptg sehingga 530 petang. kerana hanya pada waktu itu sahaja yang rumah kami kosong.

rumah di selongkar dan hanya bilik saya sahaja yang kehilangan barang. tapi yang saya pelik, guitar Fender® stratocaster USA, ZOOM GFX-5, Ibanez IBZ-10G guitar ampilifier dan Sony PlayStation®2 saya tidak pula di ambil. saya membuat andaian mudah bahawa jiran saya yang mencuri. senang. saya dan puluit ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. duh. (pap!)









ketakutan dan harapan

muga jun tahun hadapan akan lebih indah. saya sudah tidak sanggup kehilangan harta benda lagi. tapi kan, bila difikir kembali, musti ada alasannya. salahkan sahajalah diri sendiri, mungkin saya patut lebih dekat denganNya.

gambar-gambar di copy dari hasil carian google.

zja (zulkifli jaffar architect)





siapa kata kat malaysia ni takde designer yang hebat, ni kat sini ada. alah..kecil saja pejabatnya, tapi design besar-besar woo..

heh.

tapi tak dapat lawan sifu yang ini..duh!

latip

khamis yang lalu saya bersama jedi pergi berjumpa tok guru latip yang mashur itu.

tok guru : hah..ape ke hé nye aok nih?
saya : kote saya gatal la tok.
tok guru : la...meh sini tok garu kan.
saya : er, takpelah tok. saya boleh buat sendiri, tapi kalo tok bagi anak tok tolong garu pun boleh juga.
tok guru : ni! (sambil menunujukkan jari tengah kepada kami)

kami terus berlalu pergi dengan berlari anak.

pulpa kayu

hujung minggu yang lalu amat indah.

ya,

indah. kerna setelah sebulan meninggalkan arena bermain
guitar, saya berkesempatan menghabiskan sepanjang malam
minggu dengan berkugiran di oxygen studio bentong. tiada apa
yang menarik, cuma kelihatan muka-muka ahli dengan mata
rabak setelah berdiri bermain musik selama beberapa jam.

amar dan mach baru tiba dari kolumpo dalam keadaan
lapar, terus mencadangkan pekena minum seraya berbincang
senarai lagu yang bakal dimainkan. kelihatan puluit semasa
itu sedang sawan mengetuk dram tanpa henti semenjak semalam.
sebagai nota, puluit sudah enam bulan mengetuk peha
dengan angan-angan seolah bermain dram, dan akhirnya
berjaya mengikut ke bentong melepaskan gian.


mael yang tiba semenjak petang kelihatan sudah busuk
menunggu rakan-rakan lain. pedal kelihatan tenang bermesra
bersama alat-alat berteknologi tinggi miliknya. setelah
selesai melepak, tiba masanya untuk masuk studio.

mael dengan kecergasan cerpelai bermain guitar dengan
amat bertenaga. jedi juga melepaskan gian bermain dram
tanpa henti dengan bantuan dewa arnab belaannya. setelah
lebih 5jam di dalam studio, mach dan amar kelihatan
semakin kurang bertenaga membawa kepada muka nak tidur sangat-sangat dah.

tiba-tiba amar lesap tanpa amaran dan kelihatan
terbaring di kerusi empuk pedal disusuli oleh mach yang semenjak
tadi sudah tertidur sambil bermain guitar. yang tinggal hanya jedi
dan mael.

perjuangan di teruskan sehinggalah pukul 7pagi dan
sesi jamming di berhentikan kerana keletihan.



"duh..apa pun tarak."