semakin lama semakin malas
dan semakin lama semakin tiada jiwa lagi
kerna masa itu kadang-kadang tidak mencukupi
dalam satu hari
dan ruang ini, mungkin kan menyepi
kerna saya banyak menulis di sini
***
jika alam sudah berubah, apa yang terhasil mungkin adalah dalam bentuk yang lain. daya alam tidak mungkin kekeringan perkataan, tapi saya fikir oleh kerana saya sedang sibuk mengusahakan satu projek ahli kugiran bersama rakan handai, jadi alam menghasilkan karya dalam bentuk yang berlainan. sebenarnya apa yang tertulis di sini datangnya dari entah dari mana dan sekiranya jiwa sedang dalam keadaan yang berlainan mana mungkin hasilnya boleh menjadi perkataan yang mengstrukturkan ayat. boleh jadi ianya menhasilkan beberapa nota muzik yang perlahan di guitar Fender Stratocaster saya ataupun menjadi contengan ringkas di buku lakar Moleskine saya.
mungkin nanti akan datang kembali waktu itu
mungkin nanti akan ada perkataan dari mimpi
dumbass!

0 responden:
Post a Comment