rahman adalah seorang kontraktor kecil-kecilan. semenjak berhenti dari berkerja sebagai guru matematik semenjak 3 tahun lepas, beliau banyak menerima projek-projek membaik pulih seperti membaiki longkang, memasang pintu, menanam pokok juga membersihkan halaman rumah. ada sesetengah masa, beliau ada juga membuat penambahan rumah.
rahman memang berbakat, hasil kerjanya kemas, ramai klien berpuas hati dengan projeknya. tetapi beliau seorang yang kurang pandai menyesuaikan diri dalam dunia pembinaan ini. beliau kurang yakin dengan penampilan dirinya yang tidak semenggah. selama ini pun, beliau banyak menerima projek hasil pengenalan kepada klien oleh rakan baiknya semenjak 4 tahun lalu, sa'odah, seorang arkitek.
sa'odah pula seorang yang berpelajaran tinggi, keyakinan yang tinggi dan juga comel. semenjak menjadi arkitek, beliau asyik dengan kerjanya yang bertimbun, tetapi persahabatan dengan rahman tidak dilupakan. memang selalu sahaja mereka bertemu dan berbual senda.
sa'odah memang percayakan rahman. tetapi beliau puas memikirkan bagaimana mahu menaikkan nama rahman, kerana tak ramai yang tahu dengan kebakatan rahman. pernah suatu masa dahulu, 3 tahun yang lalu, beliau memperkenalkan rahman kepada seorang klien. tapi kerana kurang yakin dengan paras rupa dan kemampuan rahman, klien tersebut menolak rahman dengan bersahaja. tapi rahman tahu, beliau faham. tak semua orang kenal beliau dan faham beliau. lagipun beliau di tolak dengan alasan yang kukuh. rahman akur.
semenjak itu, rahman cuba mempertingkatkan lagi kemahirannya serta penampilan diri. ye lah, pada masa itu, beliau baru sahaja berkecimpung dalam dunia pembinaan ini. jadi, beliau sudah mula pergi ke kelas-kelas percuma tentang pembinaan dan juga selalu membelek majalah-majalah hip seperti remaja, mango dan juga FHM.
sehinggalah pada hari ini, sa'odah menelefon beliau mengajak rahman membuat satu projek baru. yang kurang senangnya adalah kerana klien tersebut adalah klien yang sama pernah menolak beliau 3 tahun yang dahulu. rahman gementar, gugup, berdebor dan rasa nak terkentut. beliau menolak, bukannya kerana beliau tak mahu, cuma beliau panik. kerana perkara yang lalu itu datang kembali berputar-putar di dalam kepalanya. khuatir adakah dia sudah betul-betul bersedia untuk semua ini.
sa'odah mengajak rahman berjumpa klien tersebut, rahman mengikut sahaja. tetapi masih was-was. beliau diam memikirkan perkara tersebut sepanjang perjalanan. setibanya ke lobi hotel, rahman memberhentikan kereta. tangannya kaku, kakinya kebas, rahman tidak mahu turun dari kereta. beliau statik di kedudukannya. telinga rahman merah dan keningnya bergetar. kedengaran lagu dari corong radio pun seaakan terhenti. nafas rahman sesak. rahman hampir pitam. sa'odah memujuk rahman. tapi gagal.
sa'odah merayu kepada rahman berkali-kali. tetapi rahman tetap dengan keputusannya. sekali lagi rahman berfikir, bukannya rahman tak mahu, cuma beliau panik. kerna perkara yang lalu itu datang kembali berputar ligat didalam otaknya. khuatir adakah beliau sudah bersedia untuk semua ini. rahman berpeluh-peluh. sa'odah mendesak, katanya sekiranya lambat, bimbang klien tersebut menunggu lama. sa'odah memang seorang yang menepati masa.
rahman terus memecut ke tempat letak kereta. ingin lari dari situasi. tetapi sa'odah mencebikkan muka. beliau turun dari kereta dan menerjah masuk ke hotel. klien tersebut sudah tiada. sesiapa pun tiada. seakan hotel itu kosong. s'odah berang dan sedikit kecewa.
rahman, terus memecut balik ke rumah dalam keadaan runsing. kepalanya ligat berputar, bukan fikiran, memang kepalanya. rambut rahman gugur satu persatu, keningnya juga. telinga rahman cair. ah. bukannya secara fizikal, tetapi sebaliknya. sa'odah menelefon rahman menyatakan rasa kesalnya. rahman cuba menerangkan keadaan beliau kepada sa'odah. sa'odah diam sambil mendengar. sebelum memutuskan panggilan, sa'odah meminta rahman memikirkan tindakannya.
rahman meluncur laju di lebuhraya menuju ke rumah. di dalam kereta, rahamn tidak berhenti berfikir. beliau rasa bersalah, sa'odah meletakkan harapan yang tinggi kepadanya. adakah beliau telah benar-benar mengecewakan sa'odah. tetapi beliau bukannya tak mahu, hanya panik. dan juga berdebar-debar. mungkin juga, takut. rahman runsing lagi. lagu di radio seolah sudah tidak teratur. semua menjadi kebelakang dan kehadapan. atas ke bawah. hancur.
rahman masih lagi di lebuhraya. beliau memecut laju seiring dengan kelajuan fikiran di kepalanya. dengan keadaannya yang kurang stabil, rahman cuba memikirkan apakah tindakan selanjutnya yang patut di buat. dengan klien tersebut, dengan sa'odah. sekali lagi rahman runsing. bukan sahaja runsing, tetapi di sertai tekanan. semenjak 15 minit tadi, sudah hampir 8 batang rokok di hisapnya tanpa memikirkan kesihatan diri yang perlu di jaga.
setibanya ke rumah, rahman terus menuju ke bilik tidur. beliau cuba menenangkan fikiran dengan duduk bertinggung, tetapi tidak berkesan. beliau mencuba beberapa kaedah lain lagi, pun sama. tidak berkesan. hasilnya, rahman hanya duduk memandang dinding memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi.
sambil memandang dinding, rahman cuba meresapkan jiwa ke dalam hatinya. satu persatu anggota tubuh rahman hilang. bermula dari tangan, kaki, kepala dan juga anggota-anggota lain. yang tinggal hanyalah hatinya yang penuh dengan kerunsingan. kini rahman adalah seketul daging yang penuh penyesalan.
hendak di telefon sa'odah, khuatir masih belum sesuai. jadi rahman biarkan dahulu sementara waktu. lagipun sa'odah ada menghantar mesej melalui sistem pesanan ringkas sebentar tadi. mengatakan yang beliau tidak mahu menghubungi rahman untuk hari ini. rahman fikir, mungkin ada baiknya beliau menunggu sebentar.
dan sebenarnya, hati rahman masih lagi runsing. beliau masih legi berfikir sehinggalah sekarang.
bersambung.

0 responden:
Post a Comment