saya

dari mana dia datang?

hati bergolak berpintal saraf
terfikir karut
terfikir carut

melemah semangat undang petaka

katakanlah yang robek itu dirobek robek.
saya yang robek ini pula dirobek dan
ditimpa tangga usaha tanpa hasil yang
mana terbazir kerna malas dibuang bakat
menunggu habuan.

jika semua ada hasilnya,
masakan itu pun tidak mampu?
tapi kenapa tiada apa-apa?

apa kamu bodoh atau sumbang terencat otak atau cacat.

bukankah yang di cakapkan itu yang kamu mahu
sudah jika kamu itu pun tiada hasilnya,
apa hukumnya kamu ingin menceritakan perihal yang lain?

bukan ini yang di mahukan, kita yang mahukan?
bukan.
ini bukan yang saya mahu.

ah,

yang sudah tertulis itu tiada gunanya,
mahu memberontak buang masa.
lebih baik kamu mula secepat yang mungkin
erna kelak menyesal tiada ertinya.

0 responden: