pulpa kayu

hujung minggu yang lalu amat indah.

ya,

indah. kerna setelah sebulan meninggalkan arena bermain
guitar, saya berkesempatan menghabiskan sepanjang malam
minggu dengan berkugiran di oxygen studio bentong. tiada apa
yang menarik, cuma kelihatan muka-muka ahli dengan mata
rabak setelah berdiri bermain musik selama beberapa jam.

amar dan mach baru tiba dari kolumpo dalam keadaan
lapar, terus mencadangkan pekena minum seraya berbincang
senarai lagu yang bakal dimainkan. kelihatan puluit semasa
itu sedang sawan mengetuk dram tanpa henti semenjak semalam.
sebagai nota, puluit sudah enam bulan mengetuk peha
dengan angan-angan seolah bermain dram, dan akhirnya
berjaya mengikut ke bentong melepaskan gian.


mael yang tiba semenjak petang kelihatan sudah busuk
menunggu rakan-rakan lain. pedal kelihatan tenang bermesra
bersama alat-alat berteknologi tinggi miliknya. setelah
selesai melepak, tiba masanya untuk masuk studio.

mael dengan kecergasan cerpelai bermain guitar dengan
amat bertenaga. jedi juga melepaskan gian bermain dram
tanpa henti dengan bantuan dewa arnab belaannya. setelah
lebih 5jam di dalam studio, mach dan amar kelihatan
semakin kurang bertenaga membawa kepada muka nak tidur sangat-sangat dah.

tiba-tiba amar lesap tanpa amaran dan kelihatan
terbaring di kerusi empuk pedal disusuli oleh mach yang semenjak
tadi sudah tertidur sambil bermain guitar. yang tinggal hanya jedi
dan mael.

perjuangan di teruskan sehinggalah pukul 7pagi dan
sesi jamming di berhentikan kerana keletihan.



"duh..apa pun tarak."

3 responden:

Brucekifli said...

Lu orang nak bikin album ke bikin albumi adigun?

Puluit bin Kuning said...

Dram dah sebati dengan jiwa gua..same mcm lu sebati dengan kesakitan gigi..haha..tapi, apahal padeli power main game bola? Lahanat, sampai ke bentong aku kena!

Puluit bin Kuning said...

apahal padeli ni aku tulis..lahanat..penismen=afdzal..besembang sambil menulis ni bahaya betul..jadi kes poje kang.haha