artis muda

ini adalah sajak nukilan artis muda, nor hani jamaludin
dari kotakotak. dan oh ya, nantikan pameran solonya
di kotakotak nanti. tarikh masih belum dipastikan.










tiada tajuk

aku ada ruang sendiri
jangan tanya kenapa dan mengapa
dewasa adalah aset aku
ceria selalu hingga tahap melampau

terbang bersama aku
jangan tuduh aku jahat sebelum kenal
aku tahu apa yang aku buat
tapi kau takkan pernah tahu
hidup ini musti bebas

makan..
minum..
tidur..

atau tidak membuat apa apa
ini adalah kehendak aku
tapi dihujungnya pasti ada sempadan
itu aku ingat
nor hani jamaludin

"sejuk gila pagi nih.sampai meremang bulu roma aku"
"ye ke..cuba kau dengar thom yorke nyanyi,baru kau tahu mana lagi meremang"

cuba dengar..

cuba dengar..
cuba dengar lagu exit music dari radiohead dan rasai keenakannya

lapan

ketika kau cuba untuk tidur dan kau sedar
kau sudah pulih kerna jiwamu sudah masuk
memenuhi jasad dan kau tahu ini waktu
yang tepat untuk berhenti berlari

aku tahu
aku sudah sembuh
aku mahu berehat
aku perlukan rehat
aku sudah sembuh
terima kasih kesabaran
kerna menjadi penawar
dan terima kasih kebenaran
kerna menjadi musuh 120 minitku

campurkan sedikit lagu drown dari smashing pumpkins serta lagu analyse dari thom yorke
dan kau akan dapat satu pati yang segar

sembilan

bila kau berfikir panjang dan kau
berhenti berlari bukan bermaksud
kau seorang pengalah atau loser

aku sudah kalah

ya

aku sudah kalah

aku kalah dengan kebenaran

tapi bukan kerna aku bodoh
tapi kerna aku berfikir

mengalah bukan ber erti kalah
mengalah itu adalah kemenangan

yang kekal...

tujuh

pukul 3:13 pagi dan kau masih menulis apa kau
sudah gila atau kau nak mampus?

sudah
tolonglah..
berhenti..

aku mahu berehat
aku mahu beradu

tolonglah jiwa
tolonglah aku
tolonglah berhenti

aku mahu hidup
bersama kebahagian
dan chenta nya

enam

jika duduk seorang diri didalam bilik gelap
dengan hanya diterangi cahaya skrin monitor
sambil jari menaip tanpa tujuan dan hanya
menerima arahan dari jiwa yang kosong dan
otak yang sudah tidak berfungsi lagi

ah

sudah lewat
aku mahu beradu
aku perlu kerja
aku perlu kerjakan kebenaran

ya

kebenaran yang bersalah

eh

kebenaran tak pernah salah

kebenaran adalah benar

lima

bila jasad sudah kosong dan mudah dipengaruhi
suara suara jahat di sekelilingnya manusia jadi
seperti buluh yang berbunyi pabila diketuk

apa yang kau fikir?
pernah kau berfikir?

berfikirlah...

empat

tinggalkan kisah kisah lama yang hitam
dan mulakan kehidupan baru yang putih

hey,

jangan kau buat lagi

tolong

jangan kau buat lagi

muntahkan segala rahsia
muntahkan segala racun dan bisa

tolonglah

jangan kau buat lagi

berikan aku sebotol air ketenangan
serta pil kesabaran
kerna jasadku sudah kosong

tiga

dan pabila engkau duduk seorang diri di atas kotak
kebenaran itu dan kau akan berfikir sambil rambutmu
gugur satu persatu ke lantai kesabaran

separuh jiwa membelot
separuh jiwa memberontak

hanya jasad kosong
jiwaku tidak disini

tangan dikepala
rambut dijari
siku dipeha
konflik dalaman

aku mahu hilang
lenyap dalam kebahagiaan
dengan chenta sucimu

dua

berikan aku ide dan bukan taik dari kisah kisah
yang sudah lama ditinggalkan tapi kau tahu aku
berbangga dengan keberanian mu

apa yang keluar
apa yang ditulis

aku hanya penyampai
ini bukan diriku

aku hanya manusia
bukan pencipta

satu

dan apabila diceritakan yang sebenarnya, kau jadi
lelaki tak guna tapi kau ada sesuatu yang berharga
iaitu kesabaran

tutur kata melafazkan kebenaran
kebenaran yang menyakitkan
terpaksa di telan dengan penuh kesabaran
tapi kesabaran dapat menyembuhkan luka
luka di dalam hati yang dalam

benar

kesabaran penyembuh luka dalaman
kesabaran adalah penawar

tapi jasad tidak dapat menerima
kebenaran membunuh jiwa
menjadi mayat bernyawa
menjadi manusia hina

ah!

aku perlu lari
lari dari dunia
lari dari semua ini
lari dari realiti
aku tau
aku perlu lari
ke tempat yang tenang
tapi ketenangan bukan penyelesaian
yang penting aku lari

ianya bukan berkenaan destinasi
destinasi tidak membawa maksud
yang penting adalah perjalanan
perjalanan yang panjang
penuh onak duri
merempuh hujan hujan racun
merempuh hujan hujan bisa
setiap titis titis hujan yang melukakan
luka yang amat dalam
luka yang tiada penghujungnya

tapi
tapi!
tapi selagi kesabaran masih ada
luka dapat disembuhkan

benar

kesabaran penyembuh luka dalaman
kesabaran adalah penawar

aku tak perlu lari
hanya perlu duduk dan bertafakur
duduk..
dan..
berfikir..

aku chentakan kau