KASSIH
Mundar
IMPI
Mimpi ni kadang-kadang, tak semestinya seperti apa yang akan terjadi.
MANUSIA
Perjalanan adalah bukan destinasi.
shitassmotherfucker
terasa macam babi

sajak 2011
sampai masa, alam sekeliling menyuruh kita bersuara. kadang-kadang, yang tersuarakan itu, bukannya dipaksa-paksa. entah datangnya dari mana. terbit sendiri, datangnya dengan sediri. sedangkan kita ini, hanyalah sebagai medium perantara. aih..
sendiri
sampai masa
sampai waktu
kita akan berfikir
sendiri....
benarkah kita
salahkah kita
yang benar itu
di tahap mana
yang salah itu
di tahap mana
jiwa yang bekerja
badan tiada bergerak
hasil tidak ternyata
fizikal sudah rabak
dengar, lihat, sentuh
mana satu kau mahu
adakah deria yang ke tujuh
aku harap kau tahu
oh sendiri.
06/10/2011
IMhaus
angan
angan
bukan tangan
tapi khayalan
bukan untuk perhatian
angan
ditembak angin resah
sehingga aku lelah
adakah aku sudah kalah
tak, aku tak mungin akan kalah
jika aku sentiasa mentelaah
06/10/2011
IMhaus
dalam
dalam
ke dalam lagi
jika cetek
banyak cabangnya
banyak orangnya
banyak ragamnya
yang dalam itu
biasanya tak ramai
tapi kadang-kadang
ada juga yang mamai
terasa diri tinggi
padahal meninggi sendiri
terasa serba tahu
sedangkan orang yang lebih tahu
ah,
lebih baik duduk diam diam
di dalam, yang paling dalam.
06/11/2011
IMhaus
kugiran
kawan datang dan pergi
aku masih berselindung
bila kawan datang
aku berselindung
bila kawan pergi
aku masih juga berselindung
apakah aku sebenarnya tak ada kawan?
06/11/2011
IMhaustali
tali itu
jika bergetar
dia berbunyi
merdu...
tapi badan
kalau bergetar
maksudnya nak terberak
tak merdu..
06/11/2011
IMhaus
PELUKIS MIMPI
Kuantan, Pahang.
Sabtu, 5 mac 2011
Kami bertiga sedang menunggu satu keputusan. Keputusan yang besar, Pihak Lembaga sedang membincangkannya. Kami di arahkan keluar sebentar dari bilik mesyuarat bagi mereka mendapatkan kata persetujuan. Saya, Azman dan entah seorang lagi saya lupa muka dan namanya. Perbincangan di adakan di tingkat atas sekali, sebuah bangunan lama berbahasakan kolonial barangkali. Dan kami, kami di minta ke rooftop sementara menunggu. Hanya kami bertiga sahaja yang ada di atas rooftop tersebut, di temani bunyi-bunyi dari entah corong apa yang mengeluarkan angin. Mungkin untuk sistem penghawa dingin bangunan tersebut.
Saya yang pada itu, entah macamana sedang meminum air, dan di dalam mulut saya terdapat beberapa ketul ais. Setelah di luahkan, terdapat 3 ketul ais dan terdapat satu kertas berwarna putih terlekat pada salah satu ais tersebut. Saya luahkan dan baling ais itu ke langit. Baling ke atas dan mengikut hukum graviti, sememangnya ianya akan jatuh semula. Saya kutip dan baling lagi ke atas. Beberapa kali cubaan, saya masih lagi membaling ais tersebut. Saya pandang ke Azman, dia pun sedang melakukan perkara yang sama.
Baling, kutip.
Baling, dan kutip.
Secara tiba-tiba, entah macamana ada beberapa lagi rakan-rakan kami di bahagian barat, Yusof, Jamal dan Ac. Sedang memandang kami dan ketawa dari jauh. Saya dan Azman masih lagi melakukan perkara yang sama. Menyedari kehadiran mereka, kami berhenti dan meluru ke arah mereka. Sedang kami berjalan merentasi kawasan lapang di atas rooftop tersebut, dalam sekelip mata permukaan lantai bertukar dilitupi salji. Dan saya lihat Azman, yang tadi sedang elok berjalan dengan saya, kini sedang meluncur di atas salji tersebut, masih mengikut arah yang sama. Azman meluncur menggunakan beg pakaiannya, yang saya rasa sepanjang kami menunggu tadi, tidak pula saya nampak beg tersebut.
Setelah hampir sampai ke Yusof dan rakannya, saya toleh ke belakang dan dapati ramai orang sedang meluncur di atas beg mereka. Kawasan rooftop yang tadinya sunyi, kini seolah-olah menjadi tempat rekreasi awam. Ramai yang datang bersama keluarga, ada yang meluncur bersama kekasih, ada yang meluncur bersama anak kecilnya. Bingung, saya segera untuk menegur Yusof dan Jama.
Yusof, Jama dan Ac masih lagi ketawa. Tetapi mereka seolah-olah satu tembakan hologram kerana setibanya kami ke sana, mereka masih lagi ketawa ke arah tempat kami datang tadi. Dan yang hairannya, mereka ketawa dan bercakap tetapi tidak mengeluarkan apa-apa bunyi. Saya menyapa mereka dan tiada balas jawapan. Mereka seperti terpukau, masih lagi ketawa di selangi dengan pergerakan mulut yang seolah-olah mengejek seseorang.
Saya pandang ke Azman dan ntah macamana, Azman tiada di situ. Saya toleh ke arah bertentangan untuk melihat ke arah orang ramai tadi, dan mereka semua sudah tiada, yang ada hanyalah rakan saya, Yazid sedang meluncur dengan mahirnya di atas sebuah beg pakaian, yang pada zaman itu, adalah paling maju buatannya. Tiba-tiba saya terdengar suara Yusof,
"Hoi Yazid!, Kau memang la hebat, dulu kau sambung belajar di US", teriak Yusof.
"Kah Kah Kah", Jama tertawa riang.
Dan Ac, macam biasa, tersenyum sahaja sehingga kecil bukaan matanya. Saya lihat Yazid, meluncur dengan muka yang serius, seolah-olah sedang berada di dalam peringkat akhir Kejohanan Sukan Luncur Salji Antarabangsa, menunjukkan skil-skil mengendalikan beg luncurnya. Sebaik menyudahkan beberapa skilnya, Yazid meluncur ke arah kami. Saya toleh kembali ke Yusof dan tiba-tiba, mereka bertiga menjadi kaku, dan seperti sebuah tembakan hologram yang di pause kan, mereka berkelip-kelip dengan badan mereka menjadi seperti cahaya berwarna biru bergarisan. Saya cuba sentuh Yusof, dan ternyata sekali mereka adalah pancaran hologram.
Saya toleh kembali ke Yazid dan beliau sudah tiada. Dan salji yang tadi melitupi bahagian lantai rooftop tadi sudah hilang, begitu juga dengan corong-corong yang mengeluarkan angin tadi. Yang tinggal hanyalah sebuah pintu. Suasana menjadi semakin gelap, hanya cahaya yang terkeluar melalui celah-celah pintu tersebut. Saya menuju ke arah pintu tersebut dan tiba-tiba,
Kriiiinnngggg!!
* * * * * *
Saya terjaga dari tidur dan menjawab panggilan telefon. Cilaka, mimpi apa ni, tak sempat nak habis. Tak tahu jadi apa kat pihak lembaga tu. Kena lukis ni, orang cakap, bangun tidur dan lukis mimpi adalah art. Dan mulai hari ini, saya mahu di kenali sebagai PELUKIS MIMPI.
kerja
- Rekaan grafik majalah D.I.Y yang unggul - ROKES.
- Rekaletak bagi buku rujukan filem - 600 mukasurat.
- Rekabentuk membaikpulih rumah teres di Petaling Jaya.
- Rekabentuk dalam dan luar sebuah kedai tat telur - John King di Kuantan.
- Rekabentuk satu Sekolah Senibina untuk 200++ orang pelajar di Kuala Lumpur.









